Malam Al-Muhadhorah 2012


MAJLIS PELANCARAN LUJNAH AL-MUHADHORAH SESI 2012


Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Lujnah Al-Muhadhorah sesi 2012 kali pertama dengan gilang-gemilangnya. Pelbagai aktiviti mahupun kategori telah dipersembahkan termasuklah Marhaban, Nasyid dan Sketsa. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada suluruh warga yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Berikut adalah merupakan iklan yang telah diwar-warkan bagi memastikan majlis tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan. Alhamdulillah, berjaya!

 Assalamualaikum..
Sukacita dimaklumkan bahawa Lujnah Al-Muhadhorah akan mengadakan ‘Majlis Pelancaran Lujnah Al-Muhadhorah’ SMKA Al-Mashoor (L) bagi sesi 2012 pada Rabu,
2 Mei 2012 bertempat di Surau As-Sharkoshi. Majlis yang gilang-gemilang tersebut akan bermula sekitar jam 8:00 mlm. Sehubungan dengan itu, para guru, warden asrama dan pelajar SMKA Al-Mashoor (L) dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Lujnah Al-Muhadhorah yang bakal diadakan ini.


 Objektif:
Ke arah mencungkil bakat para pelajar asrama bagi merealisasikan lagi hasrat utama demi melahirkan pelajar asrama yang berkualiti, berkepimpinan serta berkebolehan tinggi.
Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, berikut merupakan antara kategori yang bakal dipersembahkan serta nama para pelajar yang telah dipilih untuk menjadi peserta majlis tersebut:

1)    TILAWAH AL-QURAN


- Mohammad Ikhwan Afeeq Bin Ahmad Nizam      
- Muhammad Padzli Bin Abdul Samad                    


2)    SAJAK



- Muhammad Yusof Bin Abdul Fuzi                          


- Muhammad Ismail Bin Nasir                                    


3)    SYARAHAN



- Akashah Bin Zabri                                                       


- Muhammad Izzat Bin Rozinal                                


4)    KISAH PARA ANBIYA’


- Muhammad Jazimin Bin Fazail                               

- Muhammad Hariz Bin Jamil                                     



INFO:
   Para peserta bebas memilih tajuk sendiri bagi setiap kategori.
    Para peserta hendaklah membuat persedian secukupnya bagi melancarkan lagi program tersebut.
    Peserta yang telah disenaraikan TIDAK BOLEH sama sekali diganti/ditukar.
    Tindakan disiplin akan dikenakan bagi setiap peserta yang gagal menghadirkan diri dalam majlis tersebut.
   Para peserta diwajibkan berbaju Melayu rasmi sekolah dengan bersih dan kemas.
Bagi sebarang pertanyaan bolehlah dirujuk sendiri kepada ahli Lujnah Al-Muhadhorah.