Akademi Kepimpinan Berkarisma (1)

Akademi Kepimpinan Berkarisma 
melatih dan mengasah kemampuan para pelajar asrama untuk memimpin sesebuah organisasi dan berkebolehan tinggi bertutur atau berucap di hadapan khalayak ramai dengan fasih dan lancar serta berkesan. Dengan wujudnya program sebegini, keseluruhan ahli lujnah percaya bahawa SMKA Al-Mashoor (L) mampu melahirkan 100 % pemimpin berkarisma yang terdiri daripada para pelajar itu sendiri sejajar dengan moto sekolah, "DI SINI PEMIMPIN DILAHIRKAN." 


Seterusnya, kami yakin dan komited bahawa semua yang dihasratkan tidak mustahil untuk dicapai demi merealisasikan lagi visi dan misi sekolah ke arah memajukan kecemerlangan para pelajar bukan sahaja dari segi akademi, malahan kokurikulum dan sahsiah juga. Usaha sebegini bukanlah ibarat mencampak benih tumbuh sehari, sebaliknya ia memerlukan masa yang panjang dan konsisten tanpa berputus asa


Sehubungan dengan itu, adalah amat diharapkan agar semua pihak pentadbiran, warga pendidik berinovasi tinggi dan pemikir-pemikir SMKA Al-Mashoor (L) sekalian, berilah sokongan padu yang berterusan dalam melaksanakan program sebegini demi melihat setiap para pelajar muncul sebagai pemimpin berkarisma yang seterusnya melonjakkan nama mereka seiring dengan pemimpin-pemimpin hebat di negara ini yang seterusnya menjadi aset penting dunia pada masa akan datang yang asalnya dari sebuah tanah ulama' tercinta, SMKA Al-Mashoor (L).


Alhamdulillah.. Baru-baru ini Lujnah Al-Muhadhorah telah mengadakan sebuah lagi program yang berasaskan kepimpinan, menjurus kepada latihan ataupun teknik-teknik untuk memimpin sesebuah organisasi mahupun cara yang berkesan untuk berpidato di hadapan. Justeru itu, pihak kami mencapai kata sepakat untuk menjemput saudara Abdul Rahim bin Haji Ellias, pelajar tingkatan 4 SMKA Al-Mashoor (L) yang sudah asing lagi dalam dunia kepimpinan dan kebolehan untuk mengendalikan program tersebut. 









Program yang dijalankan buat julung kalinya ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segi kuantiti para pelajar khususnya tingkatan 1 & 2. Kami amat berharap agar program sebegini mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar asrama, bukan sahaja pelajar daripada tingkatan 1 & 2, malahan keseluruhannya. 


Jazakallah buat saudara Abdul Rahim bin Haji Ellias kerana sudi meluangkan masa bersama-sama pelajar asrama dan sudi berkongsi sedikit-sebanyak ilmu yang dimiliki. 


Allahua'lam.