Bacaan Doa Wahdah

Bacaan Doa Wahdah dilakukan setiap malam sebagai wadah & tradisi untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar asrama SMKA Al-Mashoor (L). Bacaan doa ini disertai oleh pelajar tingkatan 1 & 2 secara khususnya manakala secara amnya ialah melipiti keseluruhan pelajar asrama. Doa ini mempunyai ungkapan-ungkapan mengtauhidkan Allah ta'ala, disamping menguatkan lagi keimanan dan keteguhan kita terhadap agama Allah. Doa ini dibaca secara dilaungkan secara lantang beramai-ramai yang akan diketuai oleh seorang khalifah yang telah dilantik. Oleh itu, adalah diharapkan agar bacaan doa ini akan terus berkekalan dibaca di asrama pada setiap malam dan semoga ia bermanfaat buat kita semua, insyallah. 
Allahua'lam.
(Gambar Terbaru - 18/5/2012)
Para Pelajar Ting. 1 dan 2 dilatih untuk berdisiplin semasa bacaan doa





Muhammad Faiz (dua dari kanan) selaku Pengerusi Bacaan Doa Wahdah
bersama Luqman Putra (berbaju merah) selaku Ketua Bacaan Doa yang dilantik


Para pelajar mendengar maklumat yang disampaikan oleh Barisan Kepimpinan Pelajar Asrama (MPP) atau pelajar ting.5