Friday 1 June 2012

Program-Program Terkini

Legasi Imam Muda Al-Mashoor (L) 2012


Masih dalam perangkaan. Segala maklumat adalah sulit dan akan dimaklumkan kemudian.


Malam Al-Muhadhorah (II)


Sukacita dimaklumkan bahawa Lujnah Al-Muhadhorah akan mengadakan Malam Al-Muhadhorah SMKA Al-Mashoor (L) bagi bulan Jun 2012. Sehubungan dengan itu, adalah diingatkan kepada para pelajar asrama supaya sentiasa memerhatikan setiap notis mahupun maklumat yang dipaparkan di papan kenyataan Lujnah Al-Muhadhorah. Insyallah, butir-butir selanjutnya seperti tarikh, masa, tempat dan kategori yang akan dipersembahkan akan dimaklumkan kemudian. Pihak kami amat berharap agar semua pihak dapat memberikan sokongan 100% dan yakin bahawa kita mampu mencapai sasaran utama, iaitu: Ke arah mencungkil bakat para pelajar asrama bagi merealisasikan lagi hasrat utama demi melahirkan pelajar asrama yang berkualiti, berkepimpinan serta berkebolehan tinggi, insyallah. (^_^)


Program Penyelarasan Buku Al-Muhadhorah


Alhamdulillah.., 
dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Lujnah Al-Muhadhorah sesi 2012 telah pun menjalankan kelas tajwid bagi pelajar asrama tingkatan 1 & 2 SMKA Al-Mashoor (L). Sehubungan dengan itu, setiap pelajar ting 1 & 2 telah di WAJIB kan untuk memiliki sebuah buku latihan pendek berkulit keras untuk mencatat segala ilmu yang di curahkan kepada mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat melatih mereka agar menjadi seorang yang mengambil berat dan mementingkan ilmu berikutan setiap kelas tajwid mahupun pengajian-pengajian yang lain sama ada usrah berkumpulan atau berkelompok, langsung tidak dikenakan apa-apa  yuran pengajian. Kami menitik beratkan aspek berdisiplin dan menghormati ilmu supaya setiap yang dipelajari itu mendapat keberkatan sekaligus dapat dimanfaatkan pada hari yang mendatang. 


Oleh itu, demi menyusun dan menyeragamkan setiap apa yang telah dicatat oleh para pelajar yang terdiri daripada ting 1 & 2, Lujnah Al-Muhadhorah akan mengadakan 'Program Penyelarasan Buku Al-Muhadhorah' pada setiap minggu, iaitu Sabtu malam Ahad yang berlangsung kira-kira 40 minit. Justeru itu, adalah kami amat mengharapkan agar kerjasama dari semua pihak demi menjayakan lagi setiap program yang dianjurkan oleh lujnah Al-Muhadhorah demi kesejahteraan bersama. Jazakallah..  


Menggapai Bintang 

Insyallah sebuah pertandingan dalam pelbagai kategori akan diadakan dalam bulan April 2012 demi mencungkil bakat para pelajar asrama demi mencapai objektif penubuhan disamping menerapkan para pelajar yang terpilih untuk Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, sebuah mesyuarat rasmi akan diadakan bagi merangka dan merancang pertandingan tersebut seterusnya menjurus ke arah kecemerlangan para pelajar dari segi kebolehan dan kepimpin
an yang tinggi.



-31 Mei 2012-